2010 : Saya kembali...

Rasanya sudah lama aku tidak menulis apa-apa pada blog aku ni. Disebabkan kekangan waktu dan tugas hakiki, aku tidak berpeluang mencoretkan atau meluahkan pandangan aku dalam blog ini. Aku harap tahun ni aku dapat menulis apa sahaja yang aku fikirkan perlu pada blog ini.

MANCHESTER KALAH.... HHHHUUUUAAAAA

Ape cerita ni le kelab aku ni... Manchester United (MU) boleh bungkus dengan kelab Liverpool.. 2-0 pulak tu.. Adus sakit hati aku... dah laah tu.. banyak pulak fan Liverpool kat FB... aku pun tak pasti nape MU leh kalah.. mungkin sebab aku tak main kot.. huahuahua...
Bola oh bola! pada aku semangat berlawan MU tu yang patut dicontohi oleh semua peminat Liverpool (Anti Liverpool).. Fan liverpool mesti marah kat aku.. Jangan marah le.. nanti cepat tua..

Too ALL MU SUPPORTERS...

Teruskan Menyokong....

BAJET 2010:Tingkat kecekapan ekonomi, kesejahteraan semua kaum

Gambar ehsan: Berita Harian Online

Apakah Kepentingan Bajet kepada kita? Sudah pasti tentang duit. Bila ada duit semua nya akan menjadi mudah. Semua orang tahu tentang perkara ini. Sebagai seorang penjawat awam yang hampir 1 dekad berkhidmat, aku bersyukur kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan pekerjanya.

Mungkin sesetengah penjawat awam akan marah bila aku kata seperti ini. Sebab ada yang tak puas hati dengan kerajaan. Pada pendapat aku, untuk memuaskan hati semua pihak memang terlalu sukar walaupun perkara itu menjadi keutamaan. Bersyukur dengan memberikan khidmat yang cekap akan menjadikan suasana kerja kita lebih efisien.

'BONUS' perkataan yang sering ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam. Perlu ke bonus? Pendapat aku bonus perlu diberi sebagai tanda galakkan dan terima kasih. ini dapat menaikkan tahap motivasi penjawat awam. CUEPACS minta RM2000 untuk bonus. Bagus juga kalau impian itu akan menjadi kenyataan. Apakah bonus yang akan diperolehi sejajar dengan khidmat kita berikan? kata Nabil Raja Lawak 'Lu Pikir Le Sendiri'.

Pada perokok seantero negara, harga rokok pasti akan naik lagi. Berhenti atau tidak belum pasti lagi. Lagi naik harga lagi banyak asap keluar dari mulut. Tak kisah le tu.. Janji perokok tidak susah kan hidup kita.

Cukup sampai di sini... ada masa dan peluang aku akan coretkan lagi..

Salam Ukhwah Dan Salam 1 Malaysia.





LETIH DAN TANGGUNGJAWAB

Salam 1 Malaysia..

Baru tadi aku sampai rumah jam 2230. Penat dan letih rasanya memandu ke Muar. Pergi tengok kakak ipar aku masuk hospital. Pembedahan ketumbuhan ovari. Macam-macam penyakit sekarang ni. Kesian aku tengok kakak aku tu terlantar selepas pembedahan. Rasa insaf pun ada. Semuanya ketentuan Ilahi.

Sekarang ni produk untuk kesihatan diri melambak di pasaran. Betul ke berkesan? Atau dengan hanya menampal gambar mereka yang terkenal. Kesan dan testimoni yang dibuat belum pasti berkesan untuk semua orang. bak kata pepatah.. 'Kalau Ada JODOH tak Kemana' . Begitulah perihal ubat yang ada sekarang ni..

kenapa aku cakap pasal ubat ni. Oh, lupa le nak beritau.. aku sebenarnya baru dalam proses pemulihan saraf dimuka. Sebab minggu lepas 12.10.09 aku disahkan oleh doktor pakar menghidap BELL's PALSY. Usaha tetap dijalankan, doa kepada tuhan kerana Dialah penentu segalanya..

Dalam penat-penat ni, aku xlupa tanggungjawab aku kepada pembaca blog aku. sebagai tanda terima kasih, Klik je dan ikut arahan seterusnya..





ok le cukup sekadar malam ni.. ada masa jumpa lagi.

Salam Ukhwah dan Salam 1 Malaysia

KERJA SAMPINGAN

Salam ukhwah dan salam 1 Malaysia..

Kerja sampingan juga merupakan perkara yang kita sering terlepas pandang. Mungkin sudah berada di zon selesa. Keadaan sekeliling dan faktor ekonomi yang mendesak masa kini, maka salah satu tanggungjawab sosial ialah membantu masyarakat untuk melakukan kerja sampingan yang boleh mendatangkan pendapatan.

Ilmu dan cabang perniagaan di internet ini terlalu banyak. Hanya perlu kan masa untuk menggali dan mengolah untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan.

Saya akan cuba membantu dengan meletakkan bahan yang saya fikir berguna untuk mereka yang ingin menceburi bidang ini. Saya bukanlah pakar tetapi seperti yang saya katakan dia awal bicara, sekadar memenuhi tanggungjawab sosial sebagai rakyat Malaysia..

Salam 1 Malaysia..

* saya letakkan 3 dahulu.. ada lagi saya beri...










Merokok dan Kehidupan

Merokok Merbahayakan Kesihatan..

Satu ayat yang menarik dan penuh makna.. bahaya tetap ada pada rokok. Hanya sebatang rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Semua ini datangnya dari satu punca iaitu 'KETAGIHAN'
Apakah itu ketagihan? Ketagihan ialah sesuatu yang dilakukan secara terus menerus tanpa henti serta tiada paksaan dan penuh dengan rela hati. Panjangkan makna nya.. itu le dia ketagihan. Bila seseorang itu sudah mula menagih, maka ianya amat sukar untuk dihentikan. dalam konteks ini ialah merokok.

Pelbagai kempen telah dijalankan di media cetak dan juga media elektronik tentang bahaya rokok. Amaran berbentuk grafik pada rokok juga telah diletakkan. Namun kempen itu hanya sia-sia. Seperti mencurahkan air di daun keladi.

Mereka yang merokok akan sentiasa berpendapat tiada apa yang perlu dirisaukan. Semua itu sudah terjadi. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak membeli hisap le sampai habis. Walaupun kerajaan menaikkan harga rokok, tapi perokok tetap dengan tabiat lama. Sebabnya kerana banyak rokok yang murah dan mampu lagi dibeli. Soal status perokok kini tidak lagi menjadi hal.
Mereka boleh bercampur, perkara yang utama mulut mesti berasap...........

Kepada mereka yang ingin berhenti merokok, tahniah diucapkan!!
Dan yang masih lagi merokok, boleh teruskan jika amalan sudah terlalu banyak!!
Dan yang belum merokok, JANGAN SEKALI-KALI MENCUBA BENDA JAHANAM NI

Cukup le untuk kali ni...

'Salam ukhwah dan Salam 1 Malaysia'







Salam Ukhwah..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA...

SUDAH SEKIAN LAMA AKU IMPIKAN UNTUK MEMILIKI BLOG SENDIRI..ALHAMDULLILAH, HARI INI AKU DAPAT MEMBINA BLOG INI DENGAN PENUH RASA GEMBIRA.. BUKAN NYA APA, BOLEHLAH AKU MENCORETKAN SEDIKIT SEBANYAK KISAH AKU YANG MUNGKIN BOLEH DIKONGSIKAN BERSAMA PARA PELAWAT DAN PEMBACA BLOG INI...

BLOG INI ADALAH UNTUK SEMUA... UNTUK 1 MALAYSIA...
CORETAN DAN HASIL NUKILAN AKU INI ADALAH DARI PANDANGAN KACA MATA AKU SENDIRI.....

PEMBACA YANG INGIN MEMBERI PANDANGAN TENTANG SEBARANG CATATAN DALAM BLOG BOLEH LE EMAIL DI mohdaliasbachok@gmail.com

AKU RASA CUKUP SEKADAR UNTUK PERMULAAN...