BAJET 2010:Tingkat kecekapan ekonomi, kesejahteraan semua kaum

Gambar ehsan: Berita Harian Online

Apakah Kepentingan Bajet kepada kita? Sudah pasti tentang duit. Bila ada duit semua nya akan menjadi mudah. Semua orang tahu tentang perkara ini. Sebagai seorang penjawat awam yang hampir 1 dekad berkhidmat, aku bersyukur kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan pekerjanya.

Mungkin sesetengah penjawat awam akan marah bila aku kata seperti ini. Sebab ada yang tak puas hati dengan kerajaan. Pada pendapat aku, untuk memuaskan hati semua pihak memang terlalu sukar walaupun perkara itu menjadi keutamaan. Bersyukur dengan memberikan khidmat yang cekap akan menjadikan suasana kerja kita lebih efisien.

'BONUS' perkataan yang sering ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam. Perlu ke bonus? Pendapat aku bonus perlu diberi sebagai tanda galakkan dan terima kasih. ini dapat menaikkan tahap motivasi penjawat awam. CUEPACS minta RM2000 untuk bonus. Bagus juga kalau impian itu akan menjadi kenyataan. Apakah bonus yang akan diperolehi sejajar dengan khidmat kita berikan? kata Nabil Raja Lawak 'Lu Pikir Le Sendiri'.

Pada perokok seantero negara, harga rokok pasti akan naik lagi. Berhenti atau tidak belum pasti lagi. Lagi naik harga lagi banyak asap keluar dari mulut. Tak kisah le tu.. Janji perokok tidak susah kan hidup kita.

Cukup sampai di sini... ada masa dan peluang aku akan coretkan lagi..

Salam Ukhwah Dan Salam 1 Malaysia.





0 ulasan:

Catat Ulasan