Merokok dan Kehidupan

Merokok Merbahayakan Kesihatan..

Satu ayat yang menarik dan penuh makna.. bahaya tetap ada pada rokok. Hanya sebatang rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Semua ini datangnya dari satu punca iaitu 'KETAGIHAN'
Apakah itu ketagihan? Ketagihan ialah sesuatu yang dilakukan secara terus menerus tanpa henti serta tiada paksaan dan penuh dengan rela hati. Panjangkan makna nya.. itu le dia ketagihan. Bila seseorang itu sudah mula menagih, maka ianya amat sukar untuk dihentikan. dalam konteks ini ialah merokok.

Pelbagai kempen telah dijalankan di media cetak dan juga media elektronik tentang bahaya rokok. Amaran berbentuk grafik pada rokok juga telah diletakkan. Namun kempen itu hanya sia-sia. Seperti mencurahkan air di daun keladi.

Mereka yang merokok akan sentiasa berpendapat tiada apa yang perlu dirisaukan. Semua itu sudah terjadi. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak membeli hisap le sampai habis. Walaupun kerajaan menaikkan harga rokok, tapi perokok tetap dengan tabiat lama. Sebabnya kerana banyak rokok yang murah dan mampu lagi dibeli. Soal status perokok kini tidak lagi menjadi hal.
Mereka boleh bercampur, perkara yang utama mulut mesti berasap...........

Kepada mereka yang ingin berhenti merokok, tahniah diucapkan!!
Dan yang masih lagi merokok, boleh teruskan jika amalan sudah terlalu banyak!!
Dan yang belum merokok, JANGAN SEKALI-KALI MENCUBA BENDA JAHANAM NI

Cukup le untuk kali ni...

'Salam ukhwah dan Salam 1 Malaysia'







0 ulasan:

Catat Ulasan