LETIH DAN TANGGUNGJAWAB

Salam 1 Malaysia..

Baru tadi aku sampai rumah jam 2230. Penat dan letih rasanya memandu ke Muar. Pergi tengok kakak ipar aku masuk hospital. Pembedahan ketumbuhan ovari. Macam-macam penyakit sekarang ni. Kesian aku tengok kakak aku tu terlantar selepas pembedahan. Rasa insaf pun ada. Semuanya ketentuan Ilahi.

Sekarang ni produk untuk kesihatan diri melambak di pasaran. Betul ke berkesan? Atau dengan hanya menampal gambar mereka yang terkenal. Kesan dan testimoni yang dibuat belum pasti berkesan untuk semua orang. bak kata pepatah.. 'Kalau Ada JODOH tak Kemana' . Begitulah perihal ubat yang ada sekarang ni..

kenapa aku cakap pasal ubat ni. Oh, lupa le nak beritau.. aku sebenarnya baru dalam proses pemulihan saraf dimuka. Sebab minggu lepas 12.10.09 aku disahkan oleh doktor pakar menghidap BELL's PALSY. Usaha tetap dijalankan, doa kepada tuhan kerana Dialah penentu segalanya..

Dalam penat-penat ni, aku xlupa tanggungjawab aku kepada pembaca blog aku. sebagai tanda terima kasih, Klik je dan ikut arahan seterusnya..





ok le cukup sekadar malam ni.. ada masa jumpa lagi.

Salam Ukhwah dan Salam 1 Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan